Malam Seni Bahasa Menyemai Sikap Cintakan Bahasa Ibunda

Kota Kinabalu, 11 Julai - Exco Perpaduan Nasional Majlis Perwakilan Pelajar 2008/2009 akan mengadakan Malam Seni Bahasa 2009 pada hari Sabtu dan berlangsung di Dewan Resital , Universiti Malaysia Sabah. Sehubungan dengan itu, semua pelajar tahun 1 Sekolah Sains Sosial (SSS) dan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS) adalah diwajibkan untuk menghadirkan diri mereka dan kehadiran pelajar akan diambil.

Majlis itu bermula pada jam 6 petang hingga 11 malam. Penceramah yang dijemput khas pada malam itu telah memberi penjelasan mengenai seni bahasa di Malaysia dengan baik dan tidak hambarkan suasana di dewan tersebut. Majlis ini diadakan untuk menyemai sikap cintakan bahasa ibunda walau di mana kita berada. Dapat dilihat di sini bahawa majlis ini juga melahirkan hubungan silaturrahim di kalangan pelajar yang berbeza dari segi agama, bangsa dan negeri. Di samping itu, terdapat juga sesi soal jawab dalam majlis tersebut. Beberapa orang pelajar yang telah hadir dalam diskusi itu, telah memberi pendapat dan pertanyaan mereka mengenai permasalahan dalam berbahasa di negara kita ini kepada pihak penceramah. Majlis tersebut juga telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan pelajar SSS dan SPPS yang hadir pada malam itu.

Pelajar yang hadir dalam acara malam tersebut digalakkan untuk memakai baju batik formal bewarna kuning yang merupakan pakej pakaian semasa Minggu Suai Mesra (MSM). Selain itu, pelajar yang menghadirkan diri dalam acara malam itu akan menikmati beberapa keuntungan atu kelebihan selepas majlis itu tamat seperti perkhidmatan pengangkutan, makanan ringan dan cop pasport yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
0 Responses