INDONESIA 'GANYANG MALAYSIA'???

Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono mengingatkan rakyatnya bahawa tindakan kekerasan 'menyapu bersih' rakyat Malaysia tidak akan menyelesaikan masalah, malah sebaliknya akan menimbulkan masalah baru.

Beliau berkata terdapat 1.8 juta rakyat Indonesia yang sedang mencari rezeki dan belajar di Malaysia, yang pasti akan berada dalam kebimbangan sekarang berikutan reaksi berlebihan segelintir rakyat Indonesia menimbulkan sengketa budaya dengan Malaysia.

"Saya menerima SMS dari saudara-saudara kita yang bekerja di Malaysia antara lain bunyinya, 'Pak Presiden tolong masalah yang terjadi dengan Malaysia diselesaikan secara bijak dan arif'," katanya seperti dipetik sebuah laman web berita tempatan semalam.

Sementara itu, selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinetnya, seperti tersiar dalam laman webnya, Susilo berkata 'sweeping' ke atas rakyat Malaysia adalah tindakan kekerasan dan bertentangan dengan undang-undang, apatah lagi ketika umat Islam, baik rakyat Malaysia mahupun rakyat Indonesia sedang menunaikan ibadah puasa.

Beliau mengulas tindakan segelintir rakyat Indonesia yang menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) melakukan 'sweeping' ke atas rakyat Malaysia di Jakarta dengan keluar ke jalan membawa buluh runcing dan memeriksa tanda pengenalan orang ramai yang melalui Jalan Diponegoro untuk mencari rakyat Malaysia.

Semalam, Malaysia menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan rakyatnya di Indonesia termasuk kira-kira 5,600 pelajar perubatan, kedoktoran dan pergigian di samping ribuan profesional yang bekerja di republik itu, yang terdedah kepada ancaman golongan itu yang menggunakan slogan 'ganyang Malaysia' dan mengakui mempunyai
ilmu kebal.

Pada masa yang sama, kerajaan Malaysia memberi jaminan akan memastikan keselamatan rakyat Indonesia yang berada di Malaysia dan menjamin rakyat Malaysia tidak akan bertindak balas terhadap tindakan keras yang dilakukan di Jakarta seperti membakar bendera Malaysia dan membaling telur busuk ke kedutaan Malaysia.

Perlu diketahui bahawa banyak rakyat Indonesia sendiri, yang dipantau melalui ulasan-ulasan online, turut mengutuk dan mengecam keras ancaman oleh kelompok Bendera itu, yang mereka anggap tidak berakal, cuba mengganggu hubungan dua hala dan didalangi golongan tertentu yang berkepentingan melihat dua negara serumpun
berseteru.

Susilo menegaskan bahawa pemerintah Indonesia sudah mengambil langkah mengatasi masalah yang timbul seperti tuduhan Malaysia mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali dan mempromosi Pulau Jemur di Riau, melalui saluran diplomatik dan Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG) kedua-dua negara.

"Sebagai negara tetangga dekat dan sebagai bangsa satu rumpun, memang kerap ada masalah-masalah yang terjadi di antara kita dengan Malaysia, tetapi hubungan baik harus tetap terjaga," katanya dalam laman web presiden.

Susilo berkata masalah lazimnya wujud dari semasa ke semasa, bahkan telah berlaku sejak sekian lama dalam sejarah bangsa serumpun kerana Indonesia dan Malaysia bukan saja dekat malah sentiasa berinteraksi berbanding dengan negara-negara di benua lain yang jarang bertemu dan berinteraksi sehingga tidak terjadi masalah.

"Justeru kalau kita dengan negara di Eropah Barat atau Amerika Latin atau selatan Afrika, tidak pernah ada masalah yang mengganggu kerana jarang bertemu, jarang berinteraksi. Tetapi bangsa Indonesia dengan Malaysia itu sudah terjadi sejak dahulu kala, bahkan sebelum kedua-dua negara ini menjadi negara yang merdeka dan berdaulat," katanya.

Punca ketegangan terbaru ini ialah tuduhan kononnya Malaysia mencuri tarian Pendet untuk promosi pelancongannya, yang kemudiannya terbukti tidak benar kerana klip video promosi itu dibuat oleh syarikat swasta berpejabat di Singapura yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan Malaysia.

Semalam beberapa cendekiawan tempatan menggesa media massa tempatan lebih berhati-hati dalam melemparkan tuduhan, dan penulisan serta penyiaran hendaklah berdasarkan fakta yang sudah dipastikan tepat, betul dan benar.

Duta Besar Indonesia di Malaysia Da'i Bahtiar malah mengakui malu kerana semua tuduhan yang diapi-apikan oleh media massa yang telah membakar semangat segelintir rakyat untuk bertindak membenci Malaysia akhirnya terbukti salah dan tidak berasas.

- Bernama

LIBAS!!!!!TUNGGU DI PAWAGAM BERHAMPIRAN ANDA!

Sinopsis Libas

Libas mengisahkan tentang Adnan, Raja Libas (Rosyam Nor) yang sudah tidak boleh beraksi lagi di gelanggang sepak takraw kerana kakinya telah ditempangkan oleh regu Thailand yang terdiri dari Propchai (Adam Corrie, bekas koreografer Akademi Fantasia), Pratapol (Yus Waisar) dan Ak Nangkhon (Zek Zamri Gerak Khas) serta Topap dalam satu perlawanan tahun sebelumnya.

Merasa bersalah kerana telah memberikan kemenangan mudah sehinggakan tekongnya mati diracun dengan bola ke dada, Adnan kini cuba membentuk regu baru. Pencarian Raja Libas itu telah membawa kepada penemuan Hamidi (Johan Raja Lawak) seorang pemuda bandar yang mempunyai skil menimbang bola dan Ku Mok (Fadzly Kamarulzaman) seorang lelaki gemuk yang mempunyai tandukan tajam dan berbisa, selain Ratna (Scha). Bagi melengkapkan pasukan, maka Megat (Beego) telah menawarkan diri, tanpa disedari bahawa Megat telah diupah oleh pasukan dari Thailand bagi mensabotaj pasukan negara. Adakah Malaysia akan menang dalam arena yang selanjutnya? Nantikan...

(dipetik daripada: amyikram ismail.blogspot.com)

BERFIKIRLAH SECARA POSITIF

Ingin tahu kunci kejayaan hidup? Berfikirlah positif. Ya, berfikiran positif dapat membuat anda maju dan berjaya. Dengan fikiran yang positif, anda dapat menjalani segala sesuatu tanpa dibebani oleh seribu fikiran buruk. Anda juga terhindar dari perasaan takut dengan kegagalan. Jalan di depan anda pun akan selalu terasa lapang.
www.familiazam.com
Anda Ingin Tahu Bagaimana Langkah Berfikiran Positif Itu?

Bangkitkan Motivasi.
Membangkitkan motivasi diri yang kuat dan menambah wawasan yang memperkuat berfikiran positif merupakan langkah penting. Pengukuran kualitatif motivasi dapat dilakukan dengan memberikan pemisalan negative case jika suatu tujuan tidak tercapai. Misalnya, renungkanlah kemungkinan jika anda tidak diterima kerja? Dari jawapan anda, anda dapat memprediksi dan merasakan seberapa kuat motivasi anda untuk diterima kerja.

Yakinlah Boleh.
Kelemahan motivasi acapkali disebabkan oleh fikiran negatif tentang kemampuan diri sendiri, atau tentang mekanisme gerak kehidupan. Cubalah untuk membangkitkan konsep diri positif pada diri anda. "Jika saya berfikir bahawa saya boleh, maka saya boleh" Katakan setiap ingin melakukan apapun. Yakinkan bahawa anda boleh. Jika ketika ini gagal, berusahalah terus-menerus tanpa kenal lelah. Percayalah, usul dari dalam diri dapat membantu anda mempercepat mencapai proses yang anda harapkan.
www.familiazam.com
Jangan Fatalistik.
Jauhkan fahaman fatalisme yang menyerah pada nasib. Ianya mempunyai pengaruh kuat dalam diri anda untuk membenarkan kegagalan. Menyandarkan kesalahan atau kelemahan pada takdir, yang manifestasinya seperti dalam kenyataan bahawa "Saya pada dasarnya bodoh" misalnya, merupakan sumber negative thinking yang signifikan. Anda harus memeranginya, jika idea tersebut ada pada diri anda.

Lihat Sisi Baik.
Pandanglah sesuatu dari sisi baiknya. Kerana berfikiran positif adalah memandang segala sesuatu dari sisi pandang kebaikannya. Orang yang berfikiran positif akan memandang keterbatasan kemampuannya pada suatu saat. Bukan sebagai suatu "kebodohan yang menimbulkan berbagai kecelakaan", tetapi memandangnya sebagai suatu cabaran yang amat nikmat untuk diatasi. Orang yang berfikiran positif akan memandang perjuangan dan harapan. Orang yang berfikiran positif akan memandang keterbatasan ekonominya sebagai suatu perantaraan untuk hidup sederhana. Dan dengan kesederhanaan ini ia akan mencapai kebahagiaan.

Berdikari Selalu.
www.familiazam.com
Pertahankan kebebasan anda. Kebebasan adalah sesuatu yang paling bernilai yang dimiliki setiap orang. Kebebasan untuk berfikir, mencipta, akan tumbuh seperti yang anda harapkan, tentunya dengan cara yang positif. Ketika anda menjadi amat tergantung pada orang lain, anda akan berfikiran destruktif dan menjadi malas.
www.familiazam.com
Tanamkan sikap tidak terlalu bergantung pada orang lain secepat mungkin. Bertanggungjawablah pada hidup dan tindakan yang anda lakukan. Sekali anda merasa mampu mengawal hidup, anda memulai perjalanan berfikiran positif anda.

Selalu ingat ketika anda sedang memiliki masalah dengan berfikiran positif."Anda adalah apa yang anda fikirkan, dan anda merasai apa yang anda inginkan" Dengan melakukan ini, anda akan selalu menjadi seorang juara dan seorang survivor ketika masa-masa sukar.

Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.


AHAKS!!!!BETULKA NI?????

Kepada girl pembaca blog 1001rahsia kt sini ada beberapa tips belajar kawal perasaan dari lelaki :-

1) Lelaki tidak pernah rasa simpati pada diri mereka sendiri. Kalau mereka putus cinta, tidak pernah terbawa-bawa dan bila bertemu kawan, bertanyakan teman wanitanya,dengan selamba mereka jawab ''Oh, aku dengan dia dah putus.'' Kemudian mereka berlalu minum teh tarik. Berlainan pula dengan gadis. Mereka lebih banyak yang menjawab, ''Tolong, jangan tanya pasal mamat tu lagi!''

2) Lelaki melihat masalah utama ialah kehidupan mereka. Bagaimana nak teruskan kehidupan, nak cari kerja dan sebagainya biarpun hubungan cinta sudah putus. Gadis lebih memikirkan 'hubungan percintaan' mereka yang terputus, kenapa mesti jadi begitu!

3) Pada lelaki ada teman wanita, satu bonus. Gadis pula merasakan mesti ada teman lelaki, kalau tidak hidup tak lengkap.

4) Tanpa teman wanita, lelaki memikirkan tentang kerjaya, sukan, keluar dengan teman dan mendengar muzik.

5) Bila putus cinta, lelaki anggap gadis itu tidak sesuai untuknya dan dia tinggalkan gadis itu untuk cari gadis yang lain.

6) Lelaki tidak suka membincangkan isu peribada kerana tidak suka merosakkan emosi, hingga ada ungkapan , 'lelaki tidak suka mendengar dan wanita tidak tahu baca peta.'

7) Lelaki berani bersumpah yang mereka tidak kecewa ditinggalkan teman wanita, walhal mereka sebenarnya sedih dan terluka.

8) Lelaki tidak menangis macam budak kecil kerana mereka tidak pernah bersimpati pada perasaan.

9) Lelaki tidak menganggap putus cinta satu truma atau sejarah sebaliknya gadis merasakan ia truma dalam hidup mereka.

WARNA KEGEMARAN ANDA APA?

Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.

BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.

KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

BENGKEL FILEM KOMUNIKASI 2009

Seramai lebih kurang 100 orang pelajar komunikasi yang terdiri daripada pelajar tahun 1,2 dan 3 telah menyertai Bengkel Filem bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Sekolah Sains Sosial. Bengkel yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut tersebut yang bermula pada 09 September 2009 (Rabu) bertujuan mendedahkan isu-isu tersurat dan juga tersirat mengenai cara membuat filem serta cabaran-cabaran dalam industri filem pada hari ini lebih-lebih lagi untuk menyokong slogan FINAS yang ingin membawa filem tempatan ke persada dunia. Penceramah jemputan adalah Encik Juriey Bin Rosli yang merupakan pengarah serta penulis skrip filem 'Libas' yang akan ditayangkan pada tahun 2010. Dalam bengkel tesebut juga pelajar-pelajar bidang komunikasi yakni dalam jalur Kewartawanan secara khasnya sangat digalakkan untuk mencuba bakat mencurahkan idea untuk menulis skrip ataupun cerita mengenai gaya hidup remaja urban/bandar.

KRISIS AIR DI KOLEJ A


Keadaan menjadi huru-hara, siswi kolej A tiba-tiba dilanda krisis air!!! keluhan demi keluhan bergetus dihati para sisiwi apatah lagi musim 'midterm' sedang berjalan pada ketika ini. Pelajar terpaksa mengangkat air daripada tangki besar yang disediakan oleh pihak unuversiti, namun ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana pelajar perlu berebut-rebut untuk mendapatkan air, apatah lagi tangki tersebut hanya disediakan sebanyak dua buah tangki sahaja. Punca krisis berkenaan dikenalpasti kerana proses membaikpulih penyambungan paip yang dilakukan oleh pekerja Asli Jati di sekitar kolej AB. Namun, krisis air ini turut memberi pengajaran yang berguna kepada pelajar-pelajar Universiti agar tidak membazir ketika menggunakan perkhidmatan air.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA!!!!










RESEPI BURAS...CUBALAH!!!!

Bahan-bahan:
Beras 1kg,Kelapa 1 biji diparut dan ambil santannya,garam secukup rasa.
Bahan pembungkus:
Daun pucuk pisang (hijau muda),Daun pisang (hijau).
Cara-caranya:



Bersihkan beras dengan air yang bersih dan toskan.Panaskan santan hingga mendidih. Bila mendidih kecilkan api.Masukkan garam (janganlah banyak, ala kadar saja). Bila santan sudah berubah warna sedikit, padamkan api. Tuang santan panas ke dalam beras sambil gaulkan. Ingat! jangan terlalu banyak. Beras biar lembab sedikit, tapi merata.




Cara membungkus:



Sediakan daun pucuk pisang yang dipotong bentuk segi empat 4. Daun pisang juga dipotong bentuk segi empat. (Petua memastikan daun pisang tahan dan tidak koyak: jemur atau salai daun pisang itu)






SELAMAT MENCUBA!!!!!