ICT

Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.

Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:
· berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran,
· Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan,
· Meningkatkan motivasi murid,
· Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)
. Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar
diperolehi.
· Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan
masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul,
· Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
dan mencabar,
· Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa.


· Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid,
· Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima,
· Meningkatkan kemahiran ICT.


Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk:
· mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dll.
· mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena
secara simulasi
· melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid


ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk memboleh murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk .Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi
dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut:
· teks
· grafik
· audio.
· video
· kombinasi pelbagai mod

ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p.
Contohnya penggunaan perisisan aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf.
Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer Aided Design (CAD) dan lain-lain juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran.
4.3
5.31.5

0 Responses