cinta ku oh PTPTN...

Bila terbaca artikel berita yang dikeluarkan oleh akhbar Kosmo pada 14 Jun yang lalu, isu wang PTPTN yang digunakan oleh pelajar untuk kearah yang tidak berfaedah seperti pelaburan dalam percintaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Senyuman yang lebar terpampang diwajah siswa dan siswi di kala wang PTPTN telah diterima menggambarkan seribu satu perancangan yang telah diatur untuk wang yang diperolehi. Bermula dengan perancangan untuk membeli HP yang canggih manggih sehinggalah membelikan teddy bear untuk buah hati tercinta dan mungkin menggunakannya sebagai hantaran untuk perkahwinan. Bila dah sampai pertengahan hinggalah hujung semester barulah mengadu ke sana kemari duit PTPTN tak cukup dan bermacam-macam lagi alasan yang begitu munasabah. Masa itu, memang megi menjadi rangking pertama jadi santapan makan pagi dan petang hingga luak anak tekak. Perkara-perkara ini sebenarnya bukanlah perkara yang mustahil dan pelik bagi mereka yang bergelar pelajar. Malah ada yang terlupa wang yang diberikan ini merupakan hutang masa hadapan dan modal yang dipertaruhkan demi masa hadapan demi menggenggam segulung ijazah.

Walaupun tidak semua pelajar berfikir dan bertindak seperti ini, namun , adalah malang sekiranya pelajar gagal untuk mengubah semua ini. Masih banyak perkara berfaedah yang boleh digunakan dengan duit PTPTN yang diberikan. Bukan hanya duit PTPTN, malah, wang biasiswa, pinjaman lain dan apa sahaja perlu digunakan dengan sebaiknya. Soal cinta, bercintalah seadanya dan jangan terlalu mengikut perasaan ketika menggunakan wang pinjaman ini. Perlu diingatkan, university ini merupakan gedung taruhan untuk menjadikan insan yang penuh dengan ilmu dan pelbagai pengetahuan, bukannya tempat mendapatkan girlfriend @ boyfriend sebanyaknya dengan bermodalkan wang pinjaman. Kepada adik2 yang baru memasuki alam university, bijak dalam membuat keputusan ya..;)
0 Responses